Confinement and herbal medicine

“Saya mengandung anak pertama dan kini kandungan saya berusia 26 minggu. Saya berhadapan dengan masalah untuk memilih set bersalin yang sesuai untuk diri saya. Di pasaran terdapat pelbagai jenis set bersalin yang menggunakan pelbagai bahan-bahan yang saya sendiri tidak mengetahui keberkesanannya. Boleh Dr berikan beberapa tips pemilihan dan apa yg perlu dititikberatkan semasa membeli set bersalin yg sesuai dengan diri saya.”

Wa’alaikumussalam adik,

Tahniah dan Selamat Berpuasa. Semua set bersalin mengandungi bahan asas yang hampir sama tetapi adunan ramuan yang berbeza. Anda boleh mintakan brochure setiap set bersalin yang diingini sebelum membeli (balik dan baca). Jika terdapat bahan yang anda tak tahu, kurang jelas, tak faham, boleh cari dalam Internet. Sekarang dah ada kurang 10 buku ttg bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan bersalin. Jadi anda boleh baca buku seperti ini. Kalau anda sudah bersedia membuat pilihan, bertemu dan bertanya drp penjual atau stokis set bersalin berkenaa. Sebagai pengguna, ia menjadi hak anda utk mengetahui segala ttg sesuatu produk yg ingin anda beli, sebelum membuat pembelian. Set bersalin yg manakah anda sudah lihat di kedai? Mungkin boleh cuba cari maklumat tambahan dr website produk itu sendiri.

Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook