Adakah Clorophyil bole diambil ketika hamil

Saya ada beberapa soalan untuk ditanya dengan doktor berkaitan kehamilan.

1) Saya sedang pregnant 22 weeks (5 bulan lebih) dan kawan saya mengesyorkan saya mengambil minuman Clorophyil kerana saya tidak makan sayur. Kawan saya juga turut pregnant 5 bulan lebih dab dia sedang mengambil minuman tersebut atas saranan kakaknya yang pernah mengambilnya sebelum ini. Kata kawan saya khasiat Clorophyil dapat mencantikkan kulit baby. Bolehkah saya mengambilnya juga? Adakah akan mendatangkan effects kepada kandungan saya?

2) Adakah perkara biasa sekiranya saya sakit pinggang yang amat di bahagian sebelah kiri sahaja.. tetapi sekarang sudah ok.? Adakah kemungkinan baby saya terselit?

Tahniah atas kehamilan anda! Terima kasih kerana bertanya.

Keistimewaan sayur semasa mengandung – Ibu hamil sepatutnya makan banyak sayur kerana khasiat sayur amat penting untuk pertumbuhan dan kesempurnaan saraf bayi termasuklah otaknya. Mengambil bahan lain sebagai gantian sayur memanglah boleh, tetapi kenapa tak makan sayur? Mengapa elak sayur? Sayur mempunyai 2 khasiat – serat (fibre) dan asid folik (folic acid).

1) Klorofil (chlorophyll) – merujuk kepada molekul hijau yang diekstrak drp rumpai (alga spt chorella, spirulina, dsb) atau daun-pucuk jenis ulam (pegaga, pudina, alfalfa, dsb.). Minuman klorofil mungkin rendah kandungan serat tetapi tinggi dengan khasiat lain spt galian (minerals) spt zat besi (iron), dan enzim (enzymes). Minuman klorofil baik untuk kesihatan bagi meningkatkan aras hemoglobin darah (jika hemoglobin anda rendah). Ia mampu nyah toksin (hapuskan toksin) dan membersihkan darah. Dengan darah yang bersih dan bekalan oksigen mencukupi ke seluruh badan, kulit menjadi cantik, wajah menjadi lebih seri. Kandungan asid folik bagi minuman klorofil tak diketahui melainkan ia dinyatakan pada label.

2) Sakit pinggang – Sakit-sakit di bahagian tertentu semasa hamil adalah perkara biasa, tambahan sakit belakang, kerana beban kandungan yang dipikul. Sakit akan datang dan pergi, dan bahagian yang sakit juga berubah. Tetapi sakit yang amat sangat hinggakan tak boleh berjalan atau melakukan aktiviti biasa, perlu mendapat perhatian doktor anda.

Baby terselit – perkara ini menjadi kebimbangan ramai ibu semasa peringkat lewat kehamilan. Bayi memang sentiasa bergerak dalam rahim ibu. Kadangkala bayi akan berada dalam posisi tertentu hingga si ibu terasa macam baby terselit yang anda maksudkan. Bila bayi terselit, si ibu akan rasa sukar bergerak kerana geseran yang perit di bahagian tertentu. Memang fenomenon baby terselit ada, dan dirujuk sebagai songsang (breech) tetapi, pergerakan bayi yang berterusan akan mengeluarkannya drp keadaan terselit/tersepit dengan sendirinya, tetapi mengambil masa. Jangan risaukan, asalkan anda rasa bayi masih aktif bergerak. Cuma bila pergerakannya bayi kurang/terhenti sama sekali/tiada langsung, baru si ibu perlu risau. Bila rasa bayi macam terselit, jangan pula pergi mengurut dan perbetulkan kedudukan bayi, sebab sebarang urut bagi membetulkan kedudukan bayi sebenarnya mengundang masalah lebih besar – spt tercederakan uri, sama terkoyak dsb.

Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook