Seks

Doktor,

saya ada masalah berkaitan dengan hubungan suami isteri. Sejak 2 bulan mengandung anak yang pertama, saya dapati air mazi yang dikeluarkan sangat berkurangan dan kadang-kala tidak keluar langsung. Apakah saya mempunyai apa-apa masalah? Adalah ia berpunca dari ubat-ubatan yang diberikan oleh klinik bagi ibu-ibu mengandung? Bagaimana cara mengatasinya? Harap doktor dapat menjelaskannya.

X

Kepada X,

Terima kasih kerana sudi bertanyakan tentang soal air mazi ini. Anda sihat, walaupun deria terangsang, tubuh anda tidak mengeluarkan air mazi yang mencukupi. Ubat-ubat yang lazim diberi oleh doktor di klinik antenatal atau anda beli sendiri (ubat mengandung), tidak menggangu fungsi penghasilan air mazi.

Jika anda dapati air mazi yang dihasilkan sebelum mengandung banyak dan selepas mengandung telah berkurang (hingga amat sedikit), ia mungkin menandakan

  1. rangsangan bagi anda telah berkurangan atau deria yang sama sebelum mengandung tidak lagi terangsang seperti dahulu walaupun tahap ransangan adalah sama
  2. ada sesuatu yang kurang dalam diet anda, kemungkinan komponen air, dan
  3. mungkin elemen risau.
  1. Perkara (1) amat intim dan anda boleh berbincang dengan suami anda. Sebagai bantuan sementara bagi mengatasi kekurangan air mazi, anda boleh mendapatkan sejenis gel untuk tujuan ini drp farmasi atau klinik antenatal.
  2. Bagi perkara (2), anda perlu meningkatkan pengambilan air setiap hari. Anda boleh mencuba ambil minuman setiap satu atau dua jam dalam bentuk jus perahan buah-buahan, Milo, atau minuman sereal yang anda gemari, atau air masak jika anda mampu minumnya dengan banyak. Alternatif lain ialah memakan banyak buah-buahan yang banyak kandungan air spt tembikai, sengkuang (bangkuang), betik (papaya), mangga, manggis, ciku, dsb. Alternatif lain ialah memakan lebih sup (sup ayam, sup daging, soto ayam, lontong, tom yam) semasa makan tengah hari atau malam.
  3. Perkara (3) ialah kerisauan atau pun stres. Kadang-kadang masalah yang kecil pun boleh mengganggu fungsi seksual dan mematikan rasa terangsang dan air mazi berkurangan. Anda boleh cuba pergi ke tempat yang aman spt tepi laut utk menghilangkan apa-apa masalah yang dihadapi atau bincangkan dgn suami, dan cuba hilangkankan segala masalah (kecil & besar) sama sekali sebelum bersama suami. Hati dan mental mesti tenang sebelum bersama suami. Kalau tak air mazi tak akan keluar dengan banyaknya. Saya berharap penerangan ini mencukupi buat masa ini.

Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook