Name: Siti Mariam | Email: sitimariam[at]dbkl.gov.my | Date: 2nd Oct 2007
Saya ada beberapa soalan untuk ditanya dengan doktor berkaitan kehamilan. 1) Saya sedang pregnant 22 weeks (5 bulan lebih) dan kawan saya mengesyorkan saya mengambil minuman Chlorophyll kerana saya tidak makan sayur. Kawan saya juga turut pregnant.
Siti Mariam,
Klorofil (chlorophyll) ialah bahan hijau dalam sayuran hijau dan bahan antioksida (anti penuaan). Ia berkhasiat dan membekalkan zat besi untuk pembinaan hemoglobin (pengangkut oksigen dalam sel darah merah, dalam darah). Sayuran hijau dan klorofil membersihkan darah dan memberi kulit cantik (awet muda). Sayuran hijau membekalkan asid folik untuk pembinaan dan kesempurnaan saraf dan otak bayi. Yang penting anda mengambil asid folik (folic acid or folate) yang dibekalkan doktor.
Faridah





