Makanan kalsium yang sesuai di awal mengandung

Name: yatty81 | Email: achikdezyta81[at]yahoo.com | Date: 26th Dec 2007

assalamualaikum dr faridah.. dr sy ingin bertanyakan sesuatu apakah makanan yg sesuai di awal bulan mengandung..mengenai minuman susu untuk kalsium bayi dlm kandgan, sy tak suka minum susu..tp kwn2 byk syorkn sy minum anmum perisa chocolate.

Wa’alaikumussalam Yatty. Semua makanan berkhasiat yang kita makan seharian sesuai di makan ketika mengandung. Cuma kita perlu tambah lebih sedikit buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan vitamin. Bagi keperluan protein, sumber daging seperti daging lembu, ayam atau kambing pun boleh dimakan. Bagi keperluan mineral (seperti kalsium), kita boleh minum susu rendak lemak (seperti Anmum, dll), minuman berzat yang lain (Horlicks, Milo, Vico, dll) atau makan yogurt & keju. Kalsium juga wujud dalam pelbagai makanan kita hari ini – roti, cornflake, tepung, dll. Makanan pagi yang berkhasiat ialah cornflakes dan oat bersama susu. Sarapan petang pula kita boleh makan sandwic (sandwich), kek lobak merah (carrot cake), kek epal (apple cake), kek labu (pumpkin bread) atau kek keju (cheese cake). Jadi anda tak perlu minum susu kalau tak suka.

Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook