Belum dapat rasa pergerakan janin setelah 5 bulan

Name: Pn Sue | Email: syurie@yahoo.com |Date: 22nd Jan 2008

Puan, Saya sedang mengandung kali kedua tetapi untuk anak pertama. Kandungan pertama saya mengalami keguguran. Sekarang kandungan saya hampir memasuki bulan kelima tetapi masih belum dapat merasa pergerakan janin sebagaimana teman-teman saya yang lain.

Puan Sue, Tahniah dan banyak sabar. Sebaiknya puan kembali ke klinik dan dapatkan kepastian sama ada menerusi ultrasound atau lain cara, ttg keadaan sebenar mengenai kandungan, supaya puan tidak risau berterusan. Pergerakan bayi ialah tanda nyata bayi OK, tapi ada juga bayi yang sukar dikesan pergerakannya, tetapi bayi sememangnya OK. Jadi kalau nak kepastian, minta jasa baik doktor yang merawat anda di klinik ante-natal. Mereka ada rekod ttg keguguran pertama anda dan memahami perasaan anda ttg kehamilan kali ini. Jangan biarkan perasaan tertekan berlarutan. Anda boleh telefon mereka dan minta nasihat. Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook