Hb rendah pada usia kandungan 37 minggu

Usia kandungan saya kini ialah 37 minggu, namun hb saya masih juga rendah. Ini amat merisaukan saya, kerana ubat (ferromed) yang diberi oleh klinik telah pun saya ambil dengan betul-betul. Kini saya merasakan diri saya semakin lemah, untuk melelapkan mata juga tidak boleh kerana merasakan terlalu penat apabila berada didalam posisi baring.. Apakah yang saya boleh lakukan pada akhir saat menanti kelahiran ini.

Nor Hasfida,

Hemoglobin (Hb) sepatutnya naik ke aras normal jika sudah makan ferum dalam apa jua persediaan, ia tetap ferous, Fe2+. Tapi agak hairan juga mengapa Hb puan tidak juga naik hingga ke akhir kehamilan ini. Saya rasa, mungkin juga serangan cacing (?) atau puan ada makannya bersama susu atau lain makanan yang mampu menyerap dan nyah-buang zat besi dr sistem usus. Makan buah limau manis dulu 30 minit sebelum ambil pil zat besi. Kalau Hb masih rendah dan puan sukar tidur, saya boleh syurkan 2 perkara – minuman dan makanan. Cubalah makan daging merah yang lembut (bahagian batang pinang) atau daging burung unta (ostrich). Puan juga boleh makan cornflake yg ditambah zat besi (baca pada label) atau makan kerang (sambal, sup, etc). Kalau sentiasa letih, cuba sekali-sekala, minumlah sedikit air jenama 100Plus. Minumlah jus buah-buahan seperti jus mangga manis (pauh siku raja) yang puan boleh blend dgn susu pekat, tambah sedikit air, minum sejuk dgn ais. Selamat bersalin kelak.

Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook