Name: Rina | Email: blackrose_7180[at]yahoo.com | Date: 19th Feb 2008
Dr, Awal kehamilan berat saya cuma 42.5kg.Apabila kandungan saya masuk 20 minggu berat saya naik kepada 49kg.Walaupun badan saya tak menampakkan perbezaan tapi selera makan saya seakan tak boleh ditahan.Is it okay?
Rina, anda mula dengan 42.5 kg dan takat maksimum (+ 10 kg) ialah 52.5 kg apabila sampai ke bulan 9 kehamilan. Anda sekarang 49 kg (dah +6.5 kg) dan berada dalam trimester kedua kehamilan, iaitu minggu ke-20 (hampir pertenghahan kehamilan, minggu 22). Jika anda berterusan berselera makan seperti sekarang walaupun badan tak naik gempal, anda akan menjadi (+ 13 kg) 55.5 kg (iaitu 3 kg terlebih berat). Tapi memandangkan anda terlalu ringan semasa mula mengandung, dan 55.5 kg ialah berat badan normal wanita Melayu, maka anda dikira okay juga jika mencapai 52 kg – 55 kg. Apabila berat anda sudah mencapai 55 kg, anda kena kawal sedikit selera makan supaya tak berterusan apabila sudah bersalin kelak.
Faridah





