Name: lina | Email: lina[at]yahoo.com | Date: 27th Feb 2008
Dr. saya mengandung anak yg kedua, kini kandungan berusia 4 bulan. Pada awal kandungan saya menghadapi gatal2 di kaki & tangan. Ini meninggalkan kesan parut yg banyak. Ini juga terjadi semasa saya mengandung anak pertama. Bagaimanakah saya nak mengel…
Lina, Tahniah mengandung anak 2. Memang bila mengandung ibu akan alami pelbagai perubahan terutama kepada kulit yang menipis and mudah rengsa. Gatal-gatal ini bila digaru akan meninggalkan parut/tompok hitam yang agak ketara berbanding bahagian kulit yang lain yang tak digaru. Ini menjadikan ibu kurang senang and risau akan penampilan kulit yang banyak bertompok/berparut. Ibu tak perlu malu – ia perkara biasa, missy dan doktor memahaminya. Tapi perubahan dan gatal ini sementara sahaja walaupun kesannya agak lama (1-2 bulan) sebelum hilang sepenuhnya. Bagi mengurangkan rasa gatal, ibu boleh sapukan air, losyen, krim lembut, vaselin, Vicks, sebarang minyak angin pun boleh atau tea-tree oil (ada di farmasi). Jangan sapu banyak – cukup setakat menghilangkan rasa gatal dan supaya ibu tak menggaru. Sapu semula jika masih gatal. Beli pek kecil yang handy supaya mudah capai dan guna bila perlu. Beli 1 untuk tempat kerja dan simpan 1 lagi kat rumah – tak payah bawa dalam beg. Kalau nak hilangkan parut/tompok hitam tu, cuba sapu sedikit night whitening cream (Nivea) sebelum pergi kerja dan sebelum tidur. Harap ia berkesan. Faridah



