Name: Rina | Email: blackrose_7180@yahoo.com | Date: 19th Feb 2008
Apa pendapat Dr tentang pengambilan jamu? Selepas bersalin anak pertama saya tidak mengambil jamu tetapi sedang mempertimbangkan untuk mencuba selepas bersalin anak kedua nanti. Tetapi selepas membaca beberapa artikel mengenai kesan sampingan jamu te…
Rina, Ya ramai ibu terfikir dua kali nak makan jamu ke tidak selepas bersalin. Ini berlaku sebab para ibu tidak dibekalkan maklumat tepat tentang kandungan jamu dan ini yang menimbulkan rasa was-was tentang khasiat dan tujuan mengambil jamu. Tambahan pula kalau ibu tak berpelajaran tinggi, maka label kandungan jamu agak sukar difahami. Ramai juga ibu/isteri yang dipaksa oleh ibu mereka atau suami supaya makan jamu selepas bersalin tanpa kerelaan si ibu. Jadi keputusan nak makan jamu atau tidak sebenarnya terletak kepada apa anda fahami tentang jamu dan keselesaan anda tentangnya. Kalau tak pasti, risau, was-was, lagi baik jangan ambil tetapi buatlah senaman dan jaga pemakanan supaya kekal sihat, InsyaAllah. Faridah





