Name: UMMI KHAIRIAH KASSIM | Date: 24th Mar 2008
As’kum…9bulan lalu saya telah mlahirkan anak saya melalui kaedah caesarean kerana doktor telah mdapati anak saya beratnya antara 3.5kg-4.5kg.tidak bsesuian dgn tinggi saya 148cm..nyata anak saya seberat 4kg.berat saya ketika itu 60kg..adakah bkemun…
Wa’alaikumussalam Ummi, Saya tidak dapat keseluruhan soalan anda sebab ia agak panjang. Namum saya akan cuba menjawab. Tinggi anda normal untuk wanita Melayu. Berat anda 60 kg semasa melahirkan; apakah berat anda sebelum mengandung? Sepanjang 9 bulan tempoh mengandung, anda patut hanya naik 10 kg dan selepas bersalin, berat hanya patut tambah 5 kg drp nilai sebelum hamil. Didapati anak anda juga besar drp normal 3 kg. Ini bermakna, anda melahirkan bayi besar (macrosomia). Keadaan melahirkan bayi besar (>3 kg) menandakan kebarangkalian anda seorang pengidap kencing manis semasa hamil (gestational diabetes) atau berkemungkinan akan mengidap kencing manis di masa depan (potential diabetic). Bayi anda seterusnya juga akan sama/lebih besar. Sila dapatkan nasihat drp doktor anda berkenaan hal ini. Faridah





