Mengidam makan durian setiap hari bila dah 6 bulan mengandung

Name: Lin | Date: 24th Mar 2008

Dr, kandungan saya sekarang 6 bulan.Sejak akhir-akhir ini saya mengidam makan durian, hampir setiap hari saya makan durian tapi dalam kuantiti yg sedikit.Adakah ia membahayakan kandungan saya?

Lin, Tahniah kerana mengandung 6 bulan. Mengidam memang sebahagian kehamilan. Setiap ibu mengandung akan mengidam pelbagai makanan istimewa. Selera anda amat baik. Makan sedikit durian setiap hari tidak membahayakan kandungan. Ibu di Kelantan makan nasi berulamkan budu dicampurkan perahan limau nipis, cili padi dan durian; mereka melahirkan anak pintar. Durian memanaskan badan. Awas! Jangan makan durian dan gula-gula berangin spt Hacks, gula-gula mint, chewing gum, ubi kayu, atau ubat – ia memudaratkan dan boleh membawa maut. Hati-hati bila dah makan durian.

Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook