Name: rina | Email: blackrose_7180@yahoo.com | Date: 22nd Mar 2008
Dr, Saya merancang untuk memberi susu badan secara eksklusif kepada bayi saya yang akan lahir tidak lama lagi selama yang boleh.Ada tak petua atau tips untuk menggalakkkan pengeluaran susu badan secukupnya? Saya hanya dapat menyusu anak sulung saya…
Rina, Syabas kerana memilih untuk memberi susu badan kpd anak secara eksklusif. Petuanya banyak tapi saya beri yang mudah. Petua 1: Makan dan minum 30 minit setiap kali sebelum dan selepas menyusu bayi. Anda boleh pilih makanan spt biskut kering, kuih, mi, bihun, dan minum segelas air masak atau apa saja air yang anda gemar. Jika anda minum air manis, minum lah sedikit air masak juga selepas itu. Baru lah susukan anak. Sesudah menyusu anak, makan/minum lagi, kemudian rehat utk beri masa susu membentuk semula. Lama-kelamaan badan pun jadi pandai buat banyak susu tepat pada masanya. Kalau susu penuh dan payu dara mula membengkak, urut sedikit demi sedikit, mula dari bahagian luar payu dara yang keras dgn susu berketul. Payu dara akan menjadi lembut semula, dan terus susukan anak. Petua 2: Anda boleh makan nasi berlaukkan ikan kering, dan minum banyak air masak setiap pagi sebelum menyusu anak di awal pagi. Petua 3: Kekalkan tabiat minum banyak air masak setiap hari untuk mendapat banyak susu. Petua 4: Teruskan menyusu anak setiap hari supaya kekal ada banyak susu tanpa henti selama 2 tahun. Faridah



