Name: aini | Date: 6th Apr 2008
Slm,Dr.bolehkah sy makn habbatussauda smsa mgndung?bgmna jika dlm madu ada juga hbbtusauda ni?ada kesn pda sy?sy mgndng 5bln.
Wa’alaikumussalam Aini. Habbatussauda ialah black seed, bijian drp jenis bijan tapi berwarna hitam. Bijan dan juga Habbatussauda tinggi kandungan kalsium (Ca, calcium). Kalsium baik untuk pembinaan dan pengukuhan tulang. Bijian ini juga mempunyai asid lemak keperluan (essential fatty acids) yang diperlukan untuk perkembangan otak. Madu kaya dengan iron; najis jadi hitam jika makan madu. Anda boleh makan kesemua makanan yang anda sebutkan.
Faridah



