• Cool Tools

  • BaiBoo Newsletter

    Planning to get pregnant

    Baby's Birthday / Your Due Date

20 hari period, tapi masih ada sedikit lagi darah – haid atau mengandung?

Assalamualaikum wbr. Doktor, Saya telah berkahwin selama 6 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat. Saya juga telah melakukan IUI sebyk 2 kali tetapi gagal. Saya & suami memang mengharapkan kehadiran cahayamata. Baru-baru ini iaitu pada 21 Februari 2008 saya telah keguguran dan telah melakukan D&C pada 22 Februari 2008. Saya dibekalkan dengan asid folik, dimakan sebanyak 1 biji sekali sehari. Sebagai tambahan, saya telah mengamalkan mengambil vitamin E 400IUI sebanyak sebiji sehari sekali sehingga kini. Selepas 12 hari D&C darah telah kering dan saya period semula pada 27 Mac 2008. Doktor juga telah memberikan kepada saya pil Duphaston, dimakan selama 5 hari. Setelah 2 hari habis pil tersebut, saya mula period selama 6 hari. Darah yang keluar adalah normal, tidak terlalu byk atau sedikit. Kini yang menjadi kemusykilan saya, setelah 20 hari saya period, ada lagi sedikit darah yang keluar. Ianya amat sedikit. Apakah ini dikira darah haid atau, tanda-tanda saya akan mengandung? Harap dapat jawapan daripada doktor, terima kasih.

Maya, selepas keguguran & setelah melakukan D&C, darah akan keluar, lama mana darah haid keluar & banyak mana bergantung kpd hormon. Kemusykilan anda ttg haid terbaru selama 20 hari dan masih ada sedikit lagi yg keluar (27 March-17 April), ia masih haid yg belum kering sepenuhnya. Bentuk darah keluar sedikit-dikit ini dinamakan “spotting” dan boleh makan masa lama utk berhenti, tapi ia akan berhenti sepenuhnya. Kalau hamil, anda akan rasa mual dan tak selesa, rupa bentuk badan akan berubah sedikit demi sedikit. Kalau ini tidak berlaku, anda mungkin belum hamil lagi. Anda boleh periksa air kencing di klinik untuk mendapat kepastian sama ada anda mengandung atau tidak. Anda boleh beli dan makan persediaan manjakani utk ketatkan otot rahim dan minum air mas cotek utk tambah kesuburan. Isya Allah anda boleh mengandung. Faridah

  • facebook