Name: siti | Email: silat_melati[at]yahoo.com | Date: 24th Apr 2008
Doktr,betul ke klu trlalu byk makn kicap@kopi,ank akn jdi gelap.Dan jika mnum soya ank akn cerah?Atau bergantung pada fizikal parents baby?
Siti, Ini kepercayaan orang Melayu dan orang Cina. Ia sebagai nasihat umum untuk bakal ibu supaya menjauhkan minum kopi dan makan kicap semasa mengandung, sebaliknya minum banyak air soya. Dari segi saintifiknya ada kebenaran – umumnya – kafein dalam kopi tak baik untuk ibu mengandung, bahan dlm kicap menambah melanin pada kulit dan menjadikan kulit lebih hitam, kicap juga masin dan mendorong kpd hipertensi, essential fatty acids (EFA) dlm susu soya mendorong kpd pencerahan kulit. Sama ada bayi yang akan dilahirkan itu berkulit gelap atau cerah, tiada manusia atau peralatan sains moden yang dapat meramalnya dengan tepat. Hal warna kulit dan wajah ditentukan oleh Allah SWT menerusi gen tertentu yang diwarisi oleh bayi. Sebahagian sifat fizikal lain (tinggi, rendah, besar, kecil) bayi ditentukan oleh gen yang diwarisi drp ibubapa, pemakanan dan ubat-ubatan yang dimakan oleh ibu sebelum dan semasa mengandung. Yang terbaik, ibu kena banyak berdoa untuk bayi yang dikandungnya dan digalakkan membaca al-Quran – spt Surah Yusuf (untuk anak lelaki) dan Surah Mariam (untuk anak perempuan) – supaya bayi comel, cukup sifat, berakal dan menjadi anak soleh/solehah. Nabi Yusuf lelaki paling handsome di dunia, kegilaan mana-mana wanita yang melihatnya. Mariam wanita paling suci bersih di dunia, tak disentuh mana-mana lelaki.
Faridah



