Perempuan hamil boleh melakukan rawatan gigi tapi terhad

Name: aini | Email: kolekacanghijau[at]yahoo.com | Date: 24th Apr 2008

Slm,Doktr.Adakah perempuan hamil tidak boleh melakukan perawatan gigi sprti mcabut,mnampal@pndawaian sebb blh effect pada bayi?

Salam Aini. Lazimnya ibu yang memilih untuk menjadi hamil akan membuat rawatan gigi sebelum ia mengandung. Namun, kerosakan gigi boleh berlaku bila-bila masa. Semasa mengandung, ibu hamil boleh pergi ke doktor gigi dan dapatkan nasihat tentang giginya yang bermasalah. Lazimnya, doktor akan memberi nasihat shj. Namun, bagi gigi berlubang, tampalan tetap akan dibuat jika tempoh kehamilan masih lama. Jika ibu mengandung mengalami masalah gusi berdarah (akibat hormon berlebihan), doktor akan menjahit gusi berdarah bagi menghentikan pendarahan. Mencabut gigi tidak akan dilakukan sebab dikhuatiri pendarahan mungkin sukar dikawal/dihentikan dan akan memudaratkan ibu dan juga bayi dalam kandungan (kekurangan oksigen). Pendawaian ialah langkah kosmetik dan bukan sesuatu kecemasan, jadi ini boleh ditangguhkan hingga selepas bersalin.

Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook