Name: Lin | Email: arelinshah@yahoo.com | Date: 12th May 2008
Doc, betul ke bentuk perut semasa mengandung mempengaruhi jantina anak perempuan/ lelaki?
Lin, Bayi perempuan/lelaki dalam rahim yang mempengaruhi bentuk perut ibu hamil. Kepercayaan orang tua-tua ialah jika perut ibu membonjol ke depan (bujur ke depan), bayi dalam kandungan tu besar kemungkinan bayi lelaki. Jika perut ibu leper dan tak terlalu membonjol ke depan, bayi dalam kandungan tu besar kemungkinan bayi perempuan. Tapi kalau nak 90-95% confirm, boleh pergi buat ultrasound dan pastikan. Tapi hanya Allah jua yang tahu 100% jantina mana-mana bayi yang bakal dilahirkan. Jadi ibu-ibu tak perlu risau atau menilik jantina bayi yang bakal dilahirkan. Berdoa dan serahkan urusan ketentuan jantina bayi ini kpd Allah kerana ia bukan urusan manusia (sama juga dgn soal hidup, mati/ajal, # anak, penuaan, jodoh, rezeki, dll). Faridah



