Name: lin | Email: arelinshah@yahoo.com | Date: 28th May 2008
Saya dijangka bersalin pd pertengahan Julai.Bagaimana nak menyusukan anak tanpa meninggalkan puasa pada bulan puasa kerana dari pengalaman pertama saya tak banyak susu
Lin, Ibu yang menyusukan boleh pilih untuk tambahkan susu dengan susu formula jika susunya tak mencukupi. Jangan berhenti menyusu semasa bulan puasa sebab perbuatan ini akan mengurangkan susu badan. Hisapan bayi yang lebih kerap akan menyebabkan lebih banyak susu dihasilkan walapun berpuasa. Memang semasa puasa, cecair dalam badan berkurangan dan susu ibu pun turut berkurangan. Bayi akan turut menangis dan ini akan menyebakan keadaan tak tenteram. Anda boleh beri air masak sebagai hisapan tambahan. Anda kena banyak bersabar. Faridah





