Name: liza | Email: lizahazard[at]yahoo.com | Date: 28th May 2008
puan,skang sy prgnent 7bln,dn sy adlh pembawa talasemia,bru dpt kesan krn hb sy rndah w’pun dh mkn iberet folic (iron),,hb sy xbleh normal tp hy bleh mentain shj,,ape kesan semasa bsalin nnt,,klu hb rndah,,skang hb sy hy dlm 80 ke 89 dr 115(normal)
Liza, Tahniah sebab berjaya hamil hingga 7 bulan walaupun Hb rendah dan anda pembawa talasemia. Memang pembawa talasemia Hb rendah sebab pembentukan Hb terhalang. Hb rendah kerana tak cukup rantai globin (perlu 4 rantai globin untuk 1 Hb). Kesan tak cukup Hb ialah anemia pada ibu dan bayi dalam kandungan. Untuk ibu, anemia akibat talasemia boleh diberi rawatan tambah/tukar darah. Tapi bayi dalam kandungan sukar sikit nak buat. Doktor anda boleh beri lebih maklumat atau anda boleh minta rujuk pada pakar darah (hematologist). Faridah





