hCG tetap ada dalam urin walaupun selepas keguguran

Name: siti | Email: siti[at]yahoo.com | Date: 29th May 2008

Puan, saya ingin bertanya betulkah selepas kita keguguran hormon hcg masih berada dalam urine? Jika begitu bagaimana untuk memastikan kita benar2 mengandung semula?

Siti, Ia mengambil masa untuk aras hormon hCG turun semula selepas keguguran dan naik semula apabila kembali mengandung. Tinggi/rendahnya aras urine hCG banyak bergantung kpd peringkat kehamilan sebelum keguguran dan bila anda mengandung semula. Jika anda keguguran pada minggu 8-10, aras hCG mungkin setinggi 150,000 mIU. Setelah 2 minggu selepas keguguran, aras hCG mungkin masih setinggi 1,500 mIU, iaitu aras ini masih lagi tinggi dan akan dikesan oleh UPT sensitif sebagai positif, dan ia akan tetap kekal positif selama 40 hari jika anda keguguran selepas trimester pertama (iaitu ketika 12 minggu hamil). Jika anda bersalin normal selepas 9 bulan (cukup bulan), aras hCG mungkin jatuh ke aras kurang drp 50 mIU dalam masa 2 minggu (iaitu 1/2 bulan dlm pantang) dan selepas 3-4 minggu (apabila tamat pantang) ia tidak lagi dapat dikesan dlm urin. Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook