Name: mimie | Email: mimie[at]hotmail.com | Date: 29th May 2008
salam Puan. saya ingin bertanya betulkah ada pendapat yang mengatakan bahawa jika kita disahkan hamil melalui UPT tetapi tidak mempunyai alahan seperti loya dan muntah itu menandakan janin tidak sihat?
Salam Mimie. Tak semestinya tak ada alahan, loya atau muntah bermakna bayi tak sihat. Tanda-tanda spt ini banyak bergantung kpd jenis makanan yang ibu makan, cara makan, selera makan, suasana makan, deria rasa lidah ibu, emosi ibu, aras hormon, dan banyak faktor lain. Ibu yg mengalami sembelit biasanya mendapat loya dan muntah apabila mengandung. Ini mungkin disebabkan oleh racun yg terhasil kerana ibu tak berak setiap hari atau makanannya kurang serat & air. Bayi dlm kandungan sentiasa sihat selagi doktor tak beritahu ia tak sihat. Faridah





