• Cool Tools

  • BaiBoo Newsletter

    Planning to get pregnant

    Baby's Birthday / Your Due Date

Hamil 5 minggu anak pertama, makan Obimin buat najis hitam

ingin tahu….. shazfira[at]yahoo.com.my 8th Jul 2008

askum dr.faridah…. sy disahkn hamil 5week..dan ini ank pertama.doc bg sy vtamin obimin n syg mnum susu anfamam prisa cokelat n pg tdi syg buang air besar kuar taik hitam….nie dsebab kn ape? saya jd risau la…

Shazfira, Obimin mengandungi besi (ferum, iron, Fe) untuk tambah hemoglobin dalam sel darah merah. Apabila anda makan Obimin spt doktor arahkan, besi berlebihan yang tak terserap oleh usus akan keluar bersama najis. Kalau najis anda bertukar warna jadi warna hitam, ini bermakna Obimin tu berkesan lah. Najis hitam apabila makan Obimin adalah normal. Najis tetap hitam selagi anda terus makan Obimin. Jika anda berhenti makan Obimin, najis pun turut jadi kurang hitam dan menjadi warna coklat semula. Jangan risau, ia perkara biasa bagi semua ibu mengandung.

Faridah

  • facebook