Saya kini sedang hamil anak sulung 5 bulan…baru2 ni saya melakukan scan, doc megesahkan kedudukan bayi saya tidak normal iaitu oblique breech. adakah ini merbahaya kpd kandungan dn si ibu? apakah yg menyebabkan kedudukan bayi sebegitu? tq
Ada banyak jenis kedudukan breech. Kedudukan breech buat masa ini (5 bulan) adalah tidak merbahaya. Bayi akan berputar dan menukar kedudukannya dalam masa 4 bulan ini hingga anda hendak bersalin. Jika anda merasakan kesakitan yang amat perit, sila beritahu doktor anda kerana bayi mungkin terhempit/terkepit (jarang berlaku). Jika bayi masih dalam kedudukan breech semasa hendak bersalin, doktor akan menasihatkan anda supaya memilih pembedahan untuk melahirkannya. Jika bayi telah menukar kedudukannya dan tidak lagi berada dalam keadaan breech, anda boleh melahirkan dengan cara biasa (spontaneous vaginal delivery, SVD).
Faridah





