Dr Faridah, saya disahkan mengandung 5 minggu,sebelum saya mengandung, buat ultrasound,doc bagitau :
- The left ovary contains a 31mm simple cyst/dominant follicle
- On the right ovary there is a homogeneous mass of moderately low level echoes. This measures 54mm in maximal diameter. There is no internal vascular flow. It could represent an endometrioma,or a haemorrhagic cyst. The lack of internal vascularity makes it less likely to represent a benign solid tumour.
Doc rujuk ke pakar tanpa penjelasan lanjut, tak sempat jumpa pakar, saya disahkan mengandung. Apa maknanya results saya?Saya adalah pelajar uni luar negara (Australia), buat phd, 8 bulan berkahwin, pregnant adalah satu nikmat Allah bagi yang amat menggembirakan. Cuma saya risau baby saya. Ada kesan kepada baby?
Tahniah anda telah berjaya menjadi hamil. Bagi interpretasi data U/S anda, adalah lebih baik jika anda berjumpa pakarnya di Adelaide Hospital. Maklumat U/S yang anda beri hanya ttg keadaan kedua-dua ovari shj. Tiada maklumat ttg keadaan bayi dlm rahim diberikan. Bagi ovari, jika cyst dikesan awal, ia boleh dibuang sebelum ia menjadi malignant (ovarian cancer). Bagi kes anda, left ovari nampak OK dan ada follicle yang matang. Bagi ovari kanan anda, ia mungkin ada masalah ketumbuhan iaitu cyst berisi darah dan bukan solid tumour (ie penuh dgn sel tumor). Doktor mungkin monitor right ovary dan jika keadaan jadi teruk, mereka boleh nasihatkan supaya buang right ovary shj. Itu shj drp saya. Walau apa pun, try makan fresh food dan tidur cukup. Ia mampu mengatasi segala kesulitan yang dialami semasa mengandung. Baca banyak doa. Take care.
Faridah





