Dr. anak saya berusia 27 hari dan sudah seminggu anak saya tidak buang besar. adakah masalah ini normal sedangkan anak 1 saya tidakamengalami masalah seperti ini. masalah ini bermula apabila anak mula pandai menetek, sedangkan sebelum saya perlu mengepam dan saya terpaksa campurkannya dengan susu formula (enfalac) semasa mula-mula melahirkannya.
Anak puan sembelit dan perlu mendapat rawatan doktor di hospital untuk keluarkan najisnya. Puan boleh memberinya 1 sudu kecil minyak zaitun atau minyak masak bersama susuannya atau selepas ia menetek akan makan. Berikan ia air tambahan juga. Puan boleh masukkan seketul kecil (kurang dari saiz kelingking) ke dalam duburnya atau air bersabun. Ia akan membantu ia berak. Boleh minta air sabun ini drp doktor. Minta doktor tunjukkan bagaimana nak masukkan air bersabun/sabun dan keluarkan najisnya. Semak susu yang diberi sebab kadang-kadang sukatan susu formula membuat bayi sembelit. Faridah



