ayien: ugly_dukling232[at]yahoo.com 25th Aug 2008
Salam doc.. sy pernah menulis masalah sy di sini beberapa bulan yg lepas.Berat badan sy 57kg tinggi 152cm.Sy telah pun bjumpa Gnae dan doc beri sy mkn clomid utk 3cycle.Skrg nie sy mkn clomid utk cycle ke2,period pun ok time Last month 23july,bulan ini 23 ogos..
Salam Ayien, Saya masih ingat puan menulis ttg berat dan tinggi puan. Clomid memang sesuai untuk menggalakkan ovulasi dan membetulkan kitar haid. Clomid ialah Clomifene, clomiphene atau Clomifert. Clomid ialah sejenis pengawal reseptor estrogen yang selektif (selective estrogen receptor modulator, SERM), dan digunakan untuk mengatasi masalah kemandulan di kalangan wanita (female infertility) akibat tidak ovulasi (anovulation) oleh kerana beberapa punca spt sindrom ovari banyak sista (polycystic ovary syndrome). Clomiphene citrate dipasarkan di bawah jenama spt Clomid, Serophene, Milophene, dll.
Faridah





