Rambut banyak keguguran selepas bersalin anak kedua

emmy azmi me_emmy81[at]hotmail.com 26th Aug 2008

ape vitamin or ubat untuk ibu yg mengalami keguguran rambut dan tak menjejaskan breastmilk kerana saya masih lg breastfeeding? rambut saya gugur begitu teruk skali selepas bersalin anak ke-2 dan begitu ketara setelah 4 bulan bersalin.lebih 100 helai

Emmy, Keguguran rambut selepas bersalin berlaku pada hampir semua wanita, dan ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari. Tempoh keguguran rambut selepas bersalin boleh wujud selama 3 bulan dan anda boleh hilang 28,000 urat rambut dan jadi botak! Memang ia menakutkan si ibu dan ibu boleh mengalami trauma. Namun ibu harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan rambut keguguran. Anda boleh cari “hair loss after pregnancy” dalam Google dan baca ttg nya. Anda boleh cuba minta syampu vitamin B di klinik atau gunakan syampu yang ada khasiat bunga telang atau syampu/krim berasaskan minyak kelapa/pati santan. Ia membantu mengatasi rambut gugur dan rambut jadi tebal dan cantik seperti sediakala.

Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook