Benjolan dalam payudara

Jamilah

Assalamualaikum Dr Faridah, Saya sedang hamil 4 bulan. Permasalahan yang berlaku ialah terdapat lump di payudara kiri saya dalam anggaran 4cm. Saya telah membuat pemeriksaan di hospital pakar. Doktor mengesahkan ia bukan kanser dan tidak merbahaya. Doktor menasihatkan agar lump tersebut dibuang. Oleh itu doktor memberi pilihan samada dibedah semasa trimister ke-2 atau selepas bersalin. Menurut doktor saya akan dibius satu badan memandangkan lump tersebut agak besar. Jika saya bersetuju untuk dibedah semasa trimester ke-2 ini, doktor menyatakan kebanyakan kes selamat bg kedua-dua ibu dan bayi tetapi terdapat risiko kurang dari 1% yang boleh menyebabkan keguguran tapi jarang berlaku. Tetapi jika saya memilih untuk dibedah selepas bersalin, dikhuatiri saya akan mengalami kesakitan semasa trimister ke-3 berikutan penghasilan susu dan harus menunggu selepas setahun kerana menyusu bayi. Saya bersama suami berpendapat mahu dibedah sekarang, tapi yang menjadi kerisauan saya ialah penggunaan ubat bius dan risiko ke atas bayi dalam kandungan saya. Doktor mengatakan masalah kecacatan tidak berlaku kerana sudah di trimister ke-2 tetapi saya masih risau juga. Bolehkah Dr Faridah memberi khidmat nasihat dan pendapat tentang masalah saya ini? Terima Kasih.

Assalamu’alaikum Puan Jamilah, Puan boleh buat pembedahan untuk membuang ketulan berkenaan walaupun sudah berada dalam trimester 2. Bayi telahpun cukup sifat dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Lazimnya, ketulan spt ini kelak akan dikaji komposisinya oleh makmal patologi (boleh follow-up kat situ). Memang ketulan akan wujud sekali-sekala dlm payudara, tetapi jika ia besar, baik ia dibuang terus. Adapun, susu mula terbentuk dlm bentuk ketulan lemak yang kemudiannya bertukar menjadi cecair (susu). Saya rasa, baik ikut nasihat doktor anda kerana ia akan melegakan bila tiba waktu bersalin dan menyusu kelak. Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook