ape vitamin or ubat untuk ibu yg mengalami keguguran rambut dan tak menjejaskan breastmilk kerana saya masih lg breastfeeding? rambut saya gugur begitu teruk skali selepas bersalin anak ke-2 dan begitu ketara setelah 4 bulan bersalin.lebih 100 helai gugur setiap hari..saya tahu ini adalah normal bg ibu2 yg telah melahirkan anak, cume rambut saya makin lama nampak ketara sehingga rambut depan sudah nampak jarang n botak.terima kasih
Emmy, TQ untuk bertanya ttg masalah rambut gugur selepas bersalin. Memang rambut ibu akan gugur begitu banyak selepas setiap kali bersalin sebelum masalah ini reda. Ramai ibu dapati kepala mereka lebih botak, hairline berundur, dan dahi lebih luas selepas bersalin . Puan boleh minta syampu vitamin B di klinik berhampiran. Syampu jenis ini juga digunakan bagi kanak-kanak yang rambut mereka menjadi jarang selepas serangan kulat rambut/tinea capititis. Rambut akan tumbuh balik dan jadi lebat spt normal. Puan juga boleh cuba perapkan rambut dgn minyak kelapa, gosok-gosok kulit kepala dan basuh. Cara lain ialah menggunakan rawatan tradisi Cina – iaitu campuran minyak kelapa + oren yang dibakar hingga menjadi arang (tumbuk & gaulkan, lumur pada rambut nipis).
Faridah



