nora mondouque@yahoo.com 23rd Sep 2008
akum pn.saya kegugurn bulan lps dan haid slps 2minggu darah gugur kering.kini saya haid kembali tapi darah haid saya berwarna coklat + pink,loya & pening2.haid saya awal dr spatutnya.
Salam Nora, Darah selepas keguguran mengalir, kering dan sambung balik mengalir. Warna darah pun boleh bertukar-tukar. Jumlah darah akan berkurangan. Keadaan ini boleh berlarutan lebih sebulan sebelum ia bertukar menjadi tompokan darah, dan kemudiannya benar-benar berhenti. Semua kekeguguran perlu berada di bawah pemerhatian doktor sehingga ibu pulih sepenuhnya. Pening & loya kemungkinan disebabkan migrain (migraine). Migrain pula mungkin disebabkan oleh kekurangan air dlm badan (dehydration) dan aras gula dlm darah (hypoglycaemia). Adalah baik puan kembali ke klinik jika risau. Faridah



