erni dirwana_02[at]yahoo.com 23rd Sep 2008
Salam,.Doc sy ingin bertanya.. Anak lelaki sy berumur 1thn3bln.. 1.bagaimana mengubati kudis buta yg dialami sejak dr bayi. jemur/rebus pakaian sdh dilakukan..ubt doc pun disapu
Salam Erni, Kudis buta boleh naik bila-bila dan di mana sahaja pada tubuh bayi dan kanak-kanak.
- Puan boleh cuba minta ubat sapu Betnovate cream dan sapu pada kudis buta. Jangan sapu banyak – ubat ini racun. Buat setiap kali selepas bayi dah mandi dan kulit dikeringkan. Sapu 2 kali sehari, pagi sekali dan malam sekali. InsyaAllah, kudis akan surut dan hilang.
- Jangan biarkan bayi tidur atau terbiar berendam lama dlm peluhnya.
- Jgn biar bayi menggaru kepala atau kulitnya – potong kukunya supaya pendek. Pakaikan sarung tangan jika perlu – tukar kerap jika berpeluh.
- Puan boleh mandikan bayi dan sapukan tepung ubi kayu pada badannya semasa masih basah. Lumurkan ke seluruh badan. Elakkan bahagian muka (mata, hidung, mulut dan lubang telinga). Biarkan kering. Ini membersihkan dan menyejukkan kulitnya. Ia memberi rasa selesa kpd bayi. Puan juga boleh lumurkan sedikit tepung ubi kayu pada bahagian permukaan dalam pakaian bayi sebelum mengenakan pakaian bayi.
- Puan boleh basuh dan celup pakaian bayi dlm kanji (bancuh dan buat lebih pekat drp biasa). Sterika pakain bayi dan lipat. Pakaian berkanji memberi rasa selesa pd bayi yg berkulit sensitif atau kuat berpeluh. Puan boleh kanjikan semua kain alas tidurnya, sarung bantalnya, dll.
- Puan boleh bubuh sedikit Tea Tree Oil (beli dari farmasi) pd bahagian yg berkudis shj. Hati-hati apabila menggunakannya (ia minyak angin yang agak pedih utk bayi & dewasa). Ia amat mujarab utk menghapuskan semua jangkitan pd kulit, termasuk kutu, hama, alahan, dsb. Cuba pd kulit puan sendiri sebelum mencubanya pd kulit bayi (ingat ia amat pedih, jadi guna sikit shj).
Faridah



