Sembelit dan buasir

Shaza, shazadmt[at]gmail.com

Salam dr, thanks atas reply yang lepas. Saya ada beberapa soalan lagi untuk dr.

  1. Sejak kebelakangan ini saya sering sembelit walaupun saya berbuka dengan betik hampir setiap hari, dan 2 hari yang lepas saya terkena buasir dan ianya amat menyakitkan. Apakah cara terbaik untuk mengelakkan sembelit dan bolehkah saya membeli cream sapu di farmasi utk mengubati buasir, adakah ianya akan beri kesan kepada baby.
  2. Saya sedang mengambil ubat homeopati utk kecutkan fibroid, dan apakah pandangan peribadi Dr. berkenaan ubat homeopati?

Terima kasih atas japawan Dr dan saya ucapkan Selamat Hari Raya semoga berbahagia bersama keluarga, TQ

Salam Shaza, Memang sembelit dan buasir amat menyakitkan. Saya berikan maklumat tambahan berkenaan cara mengatasi kedua-dua masalah ini.

  1. Makan & Minum – Puan boleh minum banyak air. Kalau boleh, rebus buah-buahan kering spt kurma & prun, dan minum airnya sekali. Minum banyak air bersama buah yg direbus. Minum 3 gelas/cawan air setiap kali minum, sebanyak 3 kali sehari. Kalau boleh, bangun malam dan minum air masak 1 botol (500 ml). Minum air masak sebelah pagi, minum air leng chi kang pukul 10 pagi, minum air kelapa tengah hari, minum air teh bunga (warna kuning) petang dan minum air suam malam (2-3 cawan setiap kali minum). Minum air 1 cawan setiap jam, air apa pun boleh. Minum 1 botol air masak (500 ml) sebelum tidur malam.
  2. Nasi – Bila masak nasi, masak dgn melebihkan air supaya nasi menjadi lembut spt bubur. Elak memakan nasi biasa yg keras atau kering.
  3. Kuih, biskut, cornflake – Elakkan makanan kering spt kuih, biskut dan cornflake kering (tambah susu OK). Makan lebih sup dan kuah berair atau bersup.
  4. Daging & Ayam – Kurangkan pengambilan daging dan ayam (1 ketul OK) tapi kena makan banyak sayur. Kalau masak/makan rendang daging/ayam, tambahkan kerisik atau kelapa goreng sebagai serat tambahan.
  5. Sayur – Makan 200 gram – 500 gram sehari – sayur rebus, rojak, coleslaw, pasembur, dll. Makan banyak sayur/sup sayur setiap hari.
  6. Buah-buahan – Makan banyak buah-buahan yg tinggi serat spt mangga dan labu (labu kuning). Kalau ada masa beli-belah, beli dan makan pisang dan limau sunkist setiap malam sebelum tidur (3 biji pisang & 1 biji sunkist). Makan buah-buahan spt betik, kurma, prun rebus, dan jagung rebus, dsb.

InsyaAllah, keadaan puan akan pulih spt normal.

Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook