• Cool Tools

  • BaiBoo Newsletter

    Planning to get pregnant

    Baby's Birthday / Your Due Date

Lada hitam, halia dan ikan masin – menu sesuai selepas bersalin

min: lemonade_ice11[at]yahoo.com 20th Oct 2008

doc, saya hamil 11 minggu. Bolehkan saya mengambil makanan seperti lada hitam,halia,ikan masin. Saya dimaklumkan makanan seperti ini tidak elok utk bayi.

Min, Tahniah kerana dah hamil 11 minggu. Masuk trimester kedua, selera makan akan mula meningkat. Makanlah makanan yang segar seperti nasi dan lauk yang dimasak setiap hari. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (mentah dlm salad atau ulam, meskipun digoreng atau masak lodeh). Makanan seperti lada hitam dan halia dikategorikan oleh orang Melayu sebagai makanan panas. Lada hitam memanaskan badan dan sesuai untuk selepas bersalin dan kurang sesuai semasa mengandung. Halia bertujuan untuk menggalakkan angin keluar drp usus (keluar angin atau kentut). Halia mengelakkan rasa sebu dan kembung. Ia sesuai selepas bersalin tetapi kurang sesuai semasa mengandung. Ikan masin sesuai dimakan dengan nasi yang baru dimasak bagi ibu-ibu selepas bersalin. Ikan masin bersama nasi panas berperanan sebagai penggalak susu bagi ibu yang memilih untuk menyusukan bayi mereka. Jadi saya fikir, lada hitam, halia dan ikan masin adalah sesuai untuk ibu selepas bersalin dan kurang sesuai untuk ibu mengandung. Namun, jika puan mengidam, puan boleh memakannya, tiada salah atau cela makannya. Tapi bila dah makan dan rasa kurang enak (sebu, kembung, banyak kentut, panas, dll), kenalah elak memakannya.

Faridah

  • facebook