ekin: eqeencute[at]yahoo.com 23rd Oct 2008
Assalamualaikum dok..sy kembali..baru2 nie sy p check.d dpti darh sy kurng,7.9v,baby sy kecik sedikit dan kebwh.sy amt risau dan ape yg patut sy wat?seleps ini sy mahu pergi hosptl
Wa’alaikumussalam Ekin, Hemoglobin (Hb) serendah 7.9 tu menandakan anemia (tak cukup zat besi dan sebelah dlm kelopak mata kelihatan pucat). Cuba tengok kelopak mata kat cermin. Jelir lidah dan lihat warna lidah, pucat juga. Bibir pun agak pucat (patut merah macam strawberi). Bila dah anemia, bekalan oksigen kpd bayi dlm kandungan agak terhad, jadi bayi kecil sikit (this is not too good). Kedudukan bayi dlm rahim tak penting sangat di awal kehamilan sebab bayi akan bergerak kelak dan mampu mengubah kedudukannya sendiri. Memang ada juga bayi yg tak nak ubah kedudukannya dlm rahim. Jarang sekali bayi tak ubah kedudukannya hingga memerlukan pembedahan utk melahirkannya. Bayi cerdik juga sebab Allah menjaganya di alam rahim. Apa nak buat? Ekin makan tak pil bulat yg berwarna coklat tu (pil zat besi)? Kalau belum ada pil ni, kena pergi kat klinik antenatal dan minta bekalan. Klu makan tapi tak ada perubahan pun, makanlah daging/sup daging/sup gearbox. Klu tak ada perubahan, last resort pi makan rumput alfalfa (rumput segala rumput dgn segala khasiat). Rumput alfalfa ada dijual kat TESCO. Tak ingat berapa harganya. Jgn beli yg pokok alfalfa, rumput yg bercambah lembut sikit berbanding pokok. Boleh makan dgn sos salad atau sandwich. Rasa lemak-lemak sikit. Jangan panik atau tension semasa mengandung. Belajar utk relaks.
Faridah





