mamasofwa mamasofwa[at]gmail.com 30th Oct 2008
Salam Dr Faridah, saya ingin tahu cara meneran bayi yang betul agar vagina tidak koyak terlalu besar semasa kena episiotomi, utk pengetahuan saya pesakit asma.
Salam Mamasofwa, Penyakit lelah puan patut diketahui oleh doktor/jururawat yg mengendalikan puan semasa bersalin kelak dan perlu dinyatak pd kad antenatal puan. Senarai perkara yg menyebabkan puan lelah pun perlu disediakan. Jika puan alah pada suhu sejuk, nyatakan pd doktor/jururawat supaya suhu bilik tidak diturunkan hingga menyebabkan puan lelah. Guna selimut atau baju tebal jika alah pd suhu sejuk. Jika alah pd wangian bilik, nyatakan dan semburan wangian boleh dimatikan. Prosedur utk meneran lazimnya diajar semasa di klinik antenatal, di wad sebelum bersalin atau di labour room. Jangan khuatir, puan hanya perlu teran apaibla disuruh dan berhenti apabila disuruh. Doktor/jururawat bertugas akan lihat kesan episiotomi dan tentukan apa perlu puan lakukan bagi mengelak episiotomi terkoyak berlebihan. Faridah.





