adell adell_ae@yahoo.com 18th Nov 2008
askum doc..mcmna nak buat kiraan pergerakan bayi seperti yg dikehendaki dalam buku rekod kesihatan ibu hamil..
Salam Adell, Bayi sepatutnya bergerak sebanyak 10 kali sehari. Kalau lebih dari 10 kali bermakna bayi amat cergas atau aktif. Kalau kurang, bermakna bayi tak berapa aktif. Kalau tiada pergerakan untuk sehari atau beberapa hari, ia bermakna bayi tak bergerak (tak semestinya bayi dah meninggal). Ada bayi suka tidur semasa dalam kandungan dan tak banyak bergerak. Ada bayi hanya bergerak ketika ibunya tidur, jadi ibunya tak tahu sebenarnya bayinya bergerak. Kira setiap kali Adell rasa bayi bergerak atau rasa macam ada pergerakan. Faridah
adell adell_ae@yahoo.com 26th Nov 2008
Doc, saya mengandung 32 weeks. Baru2 ini sakit gigi yg teruk (gigi berlubang & membengkak). Doktor gigi bagi antibiotik & ubat tahan sakit. Adakah ia selamat utk kandungan saya??
Adell, Antibiotik adalah selamat. Ia bertujuan membunuh bakteria (kuman) sahaja. Apa nama antibiotik yang anda makan? Kumurlah dengan air yang dibancuh dengan garam dan serbuk kayu manis. Faridah



