fara faranoid[at]yahoo.com 25th Nov 2008
Salam dr., saya mengandung anak pertama sudah 34 minggu. sejak minggu lps, ada gangguan bunyi dlm telinga kiri mcm bunyi denyutan. saya dh jmpa pakar tapi katanya tak ada masalah?
Salam Fara, Tahniah dah hampir full-term. Bunyi dalam telinga (tinnitus) boleh berlaku bila-bila terutama bila keadaan kering dalam telinga. Kadang-kadang tahi telinga penuh dan bergerak untuk cuba keluar tapi tersangkut dan menyebabkan gangguan bunyi dalam telinga. Boleh minta doktor larutan sodium bicarbonate dan titis dalam telinga. Bila tahi telinga dah lembut, boleh pergi semula ke klinik dan doktor/jururawat boleh keluarkan tahi telinga (ear syringing). Doktor juga boleh periksa gegendang telinga (eardrum) kalau ada jangkitan bakteria dan bernanah. Kalau bunyi berterusan walaupun telinga dah dibersihkan, mungkin ada masaalah lain di belakang gegendang. Sesetengah ubat (aspirin) juga menyebabkan bunyi dalam telinga. Sesetengah ubat adalah toksik pada pendengaran (ototoxic). Baca di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Tinnitus . Kena minta nasihat pakar telinga. Boleh minta doktor tunjukkan skrin/monitor ttg keadaan dalam telinga, baru boleh faham punca bunyi ini. Faridah
fara faranoid[at]yahoo.com 28th Nov 2008
dr, saya diberi ubat saraf & nasal spray oleh pakar ENT utk tinnitus, tp tak berkesan. telinga, hidung dan tekak dh diperiksa dengan kamera. tp smua normal. tiada jangkitan/earwax
Fara, kalau apa yang diberi & setelah diperiksa tak berkesan, saya rasa kena sabar je lah. Tak lama lagi dah nak bersalin. Berdoalah supaya bunyi denyutan dalam telinga itu hilang. Faridah





