Elaine Sommers ak Albin: anna_el24[at]yahoo.com 20th Nov 2008
Selamat Pagi….Saya dah sethn nie makan pil Marvelon. Tapi sekrg saya mengalami byk masalah. Saya sering sakit kepala, mual, muntah dan haid dtg tak tentu. bglah nasihat….
Selamat pagi Elaine, Yang Elaine makan tu ialah pil hormon. Antara kesan sampingan pil hormon ialah seperti yang Elaine tuliskan iaitu sakit kepala (migraine), mual (nausea) dan muntah (vomit). Haid jadi tak tentu arah sebab kemungkinan masa pengambilan pil hormon tak tepat setiap hari (yang terbaik ialah makan pil sebelum tidur supaya tak rasa sakit kepala kerana dah tidur). Saya syorkan untuk berhenti memakan pil hormon buat sementara dan kembali ke klinik dan berjumpa doktor anda untuk mendapatkan nasihat. Catitkan dengan tepat tarikh & waktu pil dimakan dan masa haid datang dan berikan maklumat ini kepada doktor anda supaya dos pil hormon boleh ditentukan dengan betul atau tukar ke pil jenama lain.
Faridah



