adell adell_ae@yahoo.com 9th Dec 2008
Doc,anak buah saya(4tahun/lelaki) sukar utk membuang air besar.Setiap kali membuang air besar mengambil masa berjam2 dan kadang kala menyebebkan pendarahan pada bhgn duburnya.
Adell, Berikan ia makan 1 biji pisang dan 1/2 buah limau serta 1 mangkuk sup sayur setiap hari, 3 kali sehari. Dan berikan ia 1 sudu kecil minyak zaiton setiap hari. Elakkan makanan berasaskan susu buat sementara. Galakkan ia minum air. InsyaAllah ia akan boleh membuang air dgn sempurna. Jika masalah berterusan, bawalah ia berjumpa doktor pakar kanak-kanak dan minta periksa utk Hirschsprung’s Disease (masalah sebahagian usus tiada saraf – perlukan pembedahan). Faridah



