salam, Dr Faridah,
saya puan shalyzani dari p.pinang ingin bertanya mengenai beberapa soalan mengenai kehamilan saya
saya telah mengalami keguguran sebanyak 3 kali berturut2 sebelum ini. kini hamil lagi kali yg ke4 lebih kurang 5 minggu.
sekarang saya berasa fobia dan takut perkara yang sama berulang lagi. soalan saya:
- bagaimana untuk menguatkan kandungan saya pada masa kini.?
- adakah terdapat ubatan yang boleh diambil?
- dari segi pemakanan, apa yang patut dielakkan?
- apakah terdapat jenis ujian darah yang boleh dilakukan untuk mengetahui punca berlakunya keguguran yang berturut2 ini?
sekian , terima kasih.
Salam Shalilah,
Kehamilan yang mengalami keguguran berturut-turut menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Ia sering dikaitkan dengan bahan dalam darah yang tidak serasi dgn bayi dalam kandungan, dan mengakibatkan keguguran. Rahim dikuatkan dgn memakan vitamin. Makanan yang patut dielakkan ialah buah yang masam dan tajam spt nenas. Ujian darah yang dimaksudkan ialah Rh Factor.
Faridah





