Assalamualaikum Dr Faridah,
Saya baru mengalami keguguran pada tempoh mengandung 6 minggu. Tetapi, saya tidak menjalani proses D&C kerana semua telah keluar (seperti yg disahkan oleh pakar).
Oleh itu, sy igin tahu adakah sy perlu menjalani pantang & adakah terdapat apa2 ubat tradisional yg perlu diambil?
Apakah yg harus dilakukan setelah mengalami keguguran pada peringkat awal kandungan?
Terima kasih,
Afilia Mashida Zainol
Wa’alaikumussalam Afilia Mashida, Jika pakar dah sahkan semua dah keluar, tak payah buat D&C. Kalau nak ikut pantang 100% pun boleh, tak nak pun take pe. Kalau ikut 50% pun tak pe. Bila darah dah kurang dlm 1-2 minggu, boleh ikut semua amalan pantang termasuk mengecutkan rahim dan membuatnya fertile semula. Makanlah makanan yg tak masam dan tak pedas. Minum banyak air, makan pil ferum (zat besi). BIla darah dah kering, mandi dan boleh kembali hamil.
Faridah





