Perancangan

Disini saya ada pertanyaan tentang perancang keluarga..selepas 40hari bersalin saya diminta oleh pihak klinik kesihatan untuk mengambil perancang keluarga, pada mulanya saya mengambil pil marvelon 21, pada ketika itu saya tidak selesa dengan kehadiran keputihan pada vagina saya… dan air susu berkurang..(dan dalam tempoh ini juga saya masih lagi belum bersama dengan suami) kemudian selepas 21 hari saya datang klinik untuk ambil pil baru dan saya minta untuk mengambil pil yang boleh menyusu (noriday 28)… persoalannya bolehkah saya tidak mengambil apa-apa pil perancang kerana takut dengan pelbagai kesan sampingan… tapi suami pula tak suka pakai kondom..nak rancang sendiri ikut waktu subur (kalendar) saya takut tak menjadi.. kalau suami lak yang subur waktu itu macam mana?

Mamasufi

Johor bahru

Wa’alaikumussalam Mamasufi, Kalau nak rancang ikut waktu subur ibu – ini mudah dan lazimnya menjadi. Suami sentiasa subur selagi tidak ada jangkitan pada kantung sperma dan subur sampai akhir hayat. Faridah


  • BaiBoo Contest

    facebook