Assalamualaikum Dr,
Anak kedua saya baru berusia 8 bulan. Melalui ujian sendiri, saya dapati saya mengandung lagi. 1st day utk last period saya 21/02/09 tapi saya check pada 25/03/09 urin masih negative. Ujian kedua pada 2/4/09 baru positif. Saya pergi ke klinik utk pengesahan dan Dr tersebut menyatakan kandungan saya sudah 9 weeks berdasarkan last period saya. Tapi saya yakin ia baru 4 weeks sbb 2/4/09 baru positif. Ini adalah kandungan terakhir saya. Saya mesti dapatkan due date yg tepat sbb saya terpaksa bersalin ceasar bila kandungan 37 weeks. Dari ujian scan pun ia masih terlalu kecil.
Satu lagi anak kedua saya masih menyusu badan ( + susu formula ). Bolehkah saya terus menyusui anak saya walau saya terlah sah mengandung ?
Salina, Kemaman
Wa’alaikumussalam Salina, 1) Due date memang dikira drp tarikh haid terakhir dan 9 minggu memang tepat. Namun, ultrasound scan akan dibuat beberapa kali semasa hamil dan usia sebenar bayi akan ditentukan kelak berdasarkan ultrasound scan. Apabila hmapir bersalin, keadaan bayi dalam kandungan akan dipantau dan jika bayi mengalami masalah, pembedahan Caesar akan dilakukan atas sebab kecemasan bagi menyelamatkan kedua-dua ibu & bayi. Jadi, tarikh sebenar pembedahan akan ditentukan kelak berdasarkan keadaan ibu & bayi, dan kemampuan bayi utk terus hidup. Jangan bimbang sebab doktor tahu apa mereka buat dan boleh menasihatkan puan. Jangan risau. 2) Anak yg ke-2 akan secara automatik berhenti menyusu sebab rasa dan bau susu akan merubah menjadi pahit. Faridah



