Xray during pregnancy

Assalamualaikum Dr. Faridah..

Zai ingin bertanya. Tarikh 1st day period yang last saya adalah 6hb3. Saya bernikah pada 21hb3 dan menjalani medical check up dan melakukan x ray pada 24hb3. Pada 17hb4, saya disahkan mengandung.. Sekarang ni, apakah implikasi kesan daripada xray, kerana ada yg mengatakan ibu mengandung tidak dibenarkan xray.. sedangkan pada masa itu, saya x tahu saya mngandung..tambahan lagi, doctor klinik ada mengatakan, agar sentiasa berdoa dan akan melakukan scan berperingkat, jika didapati kandungan tidak sempurna, doctor akan suggestkan untuk cuci.. saya amat risau, sedih n berdoa sahaja.. apakah yang harus saya lakukan?..

Wa’alaikumussalam Zai, Saya amat memahami kedukaan & kerisauan Zai. Sebaiknya jika baru berkahwin, elakkan x-ray sebab tak tahu bila mengandung. Memang x-ray mencacatkan bayi diperingkat awal kehamilan menerusi kerosakan DNA. Zai boleh terus berdoa dan elakkan x-ray lain kali terutama bila Zai tak tahu mengandung ke tak. Memang ultrasound satu-satunya cara mudah dan selamat untuk mengesan kecacatan bayi. Zai sabar dan tunggu keputusan doktor. Kongsilah pengalaman Zai di ruang siber ini supaya ibu-ibu lain juga tahu ttg keburukan x-ray terhaday pertumbuhan bayi dalam rahim ibu. Faridah


  • BaiBoo Contest

    facebook