Cuba Untuk Berhamil

Salam dr.

Saya nak tanya, saya dah setahun lebih berkahwin dan mencuba untuk hamil tapi masih belum ada rezeki. Pernah berjumpa doktor tapi doktor meminta saya bersabar dulu dan telah menyuruh saya mengira waktu subur saya untuk bersama.
Period saya teratur, tiap -tiap bulan datang dan saya pernah membeli alat untuk check kesuburan dan memang dapat waktu yg sesuai tapi masih belum dapat hamil.
Sekarang saya cuba untuk makan EPO dan vitamin E. Jika saya dapat mengesan waktu subur saya (menggunakan alat), adakah sebab -sebab lain yg boleh menyebabkan sukar hamil..? Sebab kebiasaanya ada yg sukar hamil sebab period tak teratur.. dan apa supplement yg sesuai sy makan sbb saya takut sy ni terlalu kurus untuk hamil. Dari dulu lagi sy memang jenis kurus, dah cuba makan mcm2 tapi masih tak dapat nak naikkan berat badan.terima kasih.

Salam Norzarina, Terlalu kurus pun ada masalah tetapi tak semestinya masalah sukar hamil. Oleh kerana haid puan teratur, ia bermakna telur keluar drp ovari tepat pada masanya dan tiub Falopio serta rahim puan berada dalam keadaan baik. Masalah sukar mendapat cahayamata setelah setahun berkahwin dikelaskan sebagai infertility. Ada banyak punca ketidaksuburan ini. Puan boleh cuba ubah makanan sedikit demi sedikit supaya puan boleh jadi subur spt wanita lain. Puan boleh cuba makan kulat segar (fresh mushrooms) yang dimasak dgn sayur lain. Puan juga boleh makan sayur-sayuran spt taugeh dan makan buah-buahan spt betik merah yg manis. Ketiga-tiga makanan ini memberi kesan positif kpd wanita yg 8 tahun berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat. Saya percaya ketiga-tiga makanan ini baik untuk puan juga. Minumlah banyak air. Klaau nak tambah berat badan, puan boleh minum susu kambing, makan pisang dan roti. Faridah



  • BaiBoo Contest

    facebook