Kemungkinan Mengandung

Saya Siti..baru melangsungkan perkahwinan 9mei2009.
Saya mempunyai beberapa kemusykilan dan berharap Dr dapat meluangkan masa memberi pandangan.
1. Adakah normal apabila setiap kali selepas persetubuhan, terdapat lelehan air mani keluar dari vagina saya.Adakalanya ia dlm kuantiti yang banyak. Untuk pengetahuan Dr, saya mempunyai rahim yg rendah.(menurut Dr selepas scan).Adakah ia mempengaruhi?

2. Sejak 3hari yg lalu saya mengalami masalah perut sebu & berangin & sedikit loya, sedangkan saya makan seperti biasa tanpa membiarkan perut kosong. Saya juga mengalami pening2 dan letih badan. Saya telah berjumpa Dr dan diberi ubat angin, tetapi tiada sebarang perubahan slps makan ubat tersebut. Untuk pengetahuan Dr, saya sedang period bermula petang semalam. Bermula dgn darah yang sgt cair dan kembali period normal pada hari ini. Period terakhir saya sblm ini pada 27Mei2009. Adakah kemungkinan saya mengandung?

Diharap Dr dapat memberi sedikit pandangan.Terima kasih

Salam Ct, Tahniah puan sudah berumah tangga.

1. Mani mengalir keluar selepas bersama adalah normal, jumlahnya ada kala banyak dan ada kala sedikit. Jumlah mani tidak menentukan mutu sperma. Jadi, jumlah mani sahaja tidak mempengaruhi kehamilan. Kedudukan rahim yand rendah ada banyak makna dan doktor anda boleh terangkan selanjutnya.

2. Rasa perut sebu, kembung, loya dsb boleh menandakan peringkat awal kehamilan. Rupa darah yang keluar serta bercampur bentuk mungkin disebabkan fungsi kelenjar di pangkal rahim. Ia normal. Pendarahan yang berlaku ketika hamil adalah tak normal dan perlu diperiksa oleh doktor di klinik. Faridah



  • BaiBoo Contest

    facebook