Period Selepas Keguguran

Assalamualaikum Pn.

Saya mengalami keguguran pada 13/05. Pada 30/05, saya pergi dapatkan rawatan seperti yg dijadualkan dan katanya semuanya ok.Kemudian Dr. beri satu tarikh untuk datang semula sekiranya haid tidak datang iaitu 07/07.

Seminggu selepas saya jumpa dengan dr., darah keluar kembali pada 08/06 seperti haid selama seminggu. Namun selepas 5 hari darah berhenti, darah keluar semula iaitu pada 20/06.

Saya ingin bertanya kepada Puan, adakah darah yang keluar itu adalah darah haid atau pun tidak?Berapa lamakah keadaan ini akan berlarutan?Bilakah kitaran haid saya akan kembali normal?

Zila,
Kedah.

Wa’alaikumussalam Zila, Darah yang keluar selepas keguguran memang bentuknya begini (ia dipanggil spotting) dan ia akan beransur kurang dan lama-kelamaan akan berhenti juga. Ia boleh berterusan hingga 2 bulan. Faridah


  • BaiBoo Contest

    facebook