Thalassemia

Assalammualaiku.

Saya Haslina. Berumur 28 tahun .Baru berkahwin selama 6 bulan.Saya adalah penghidap Thalassemia Alpha dan baru-baru ini saya mendapat tahu suami saya juga penghidap Thalassemia Beta.Saya ingin mengetahui selamatkah jika saya mengandung dan anak yang bakal lahir nanti adakah akan mengidap Thalassemia peringkat yang lebih teruk.Saya amat berharap Dr. dapat membantu saya

Wa’alaikumussalam Haslina, Thalassemia Alfa ialah Thalassemia yang lebih serius berbanding Thalassemia Beta. Jika penghidap Thalassemia Alfa berkahwin dengan penghidap Talasemia Beta, maka ujian saringan (screening test) untuk Thalassemia bayi diperlukan supaya boleh ditentukan jenis Thalassemia dan sama ada bayi mampu hidup atau sebaliknya. Puan boleh mendapatkan maklumat & nasihat lanjut drp klinik & doktor anda. Faridah



  • BaiBoo Contest

    facebook