Haid Tidak Teratur

Salam sejahtera doktor,

Saya nak tanya, bolehkah seseorang itu mengandung sekiranya dia memaksa untuk darah period keluar, iaitu makan ubat turun darah dan lepas itu period keluar, kemudian bersama dengan suami.

Bolehkah seseorang itu boleh mengandung? Kerana haid tak teratur, terpaksalah makan ubat turun darah untuk mendatangkan haid.


Fakta yang dinyatakan, haid tidak teratur, bermakna FUNGSI ENDOKRIN OVARI terganggu, disebabkan itulah lapisan dalam rahim tidak teratur.

 Berkemungkinan:

1) Pengeluaran hormon estrogen yang tidak ada timbal balas(unopposed oestrgen)-contohnya mereka yang berbadan BMI melebihi normal, sindrom ovari polisistik.

2)berkemungkinan pada mereka yang mengamalkan kontraseptif yang hanya berdasarkan progestagen seperti Depo Provera dan juga Implanon.

3) pengamalan pil selepas kelamin?

Kemungkinan untuk mengandung sangat kecil sebab untuk mengandung diperlukan fungsi paksi Hipotalamus-Pituitari serta ovari yang tidak bergoyang.


Terima kasih.

  • BaiBoo Contest

    facebook